Class Archive
Di dalam kelas aku mendengar setiap tutur bicara rakan sekelas. Gema kelas ini terlalu kuat sehingga butir-butir perbicaraan mereka melantun ke telinga ku dengan jelas sekali. Hujan renyai-renyai di luar, namun petir dan guruh pancar memancar dan dentum berdentuman. Kegerunan menyelubungi diri memikirkan diri ku, khilafku, agamaku, dosaku, masa depanku, kewangan dan arah tujuku selepas ini. Tiba2 aku tersedar. Hati mula menjerit “Aika!! Stop!! Ko telah lari dari landasan keilmuan dan dunia archive. Ku mula sedar yang aku betul-betul telah hilang dalam angan sehingga ilmu yang dicurahkan oleh En Saiful Farik tidak tembus ke dalam otak pemikiranku. Hmm, INIKAH PELAJAR CEMERLANG??
No comments:
Post a Comment