Monday, March 14, 2011

Life

Hidup

Hidup ini umpama menyertai lumba lari
Sentiasa mengejar tuk mendapat tempat yang pertama
Bila penat langkah mulai slow  dan makin ditinggalkan oleh pelumba2 yang lain
Tetapi bila makin laju kejayaan dan garisan penamat makin di hampiri

       
    Sama seperti hidup aku ini yang sentiasa berlumba tuk berada di hadapan. Makin aku cuba makin berat beban yang terpaksa ditanggung. Adakah aku masih mampu tuk ke depan? Atau aku makin slow dan terus ditinggalkan? Hanya aku yang mampu menjawabnya. Tetapi aku jua memerlukan sokongan seperti pelumba yang disorak oleh penyokong2nya.

      Dari dulu aku bermula di sini dan aku yang memilih destinasi kejayaanku di sini. Mengapa aku tidak mampu tuk habiskannya? Mengapa aku terus lemah? dan mungkinkah aku mampu tuk bangkit kembali? Soalan itu makin menyemak di kepala aku dan beban masih terus menyesak jiwa. Sabar AIKA. Aku yakin ko mampu. Itulah kata hati! Namun kadang aku menangis keletihan. Kerana aku merasakan yang aku tidak mampu tuk teruskan lagi.

Ya ALLAH berilah kekuatan. Tinggal sebulan jer lagi tuk ku meneruskan perjuangan ini dan selepas ini akan ku buka ruangan perjuangan yang baru. Doakan Aika yer semua!!!!! AMIN!







No comments:

Post a Comment