Friday, May 13, 2011

Senaman Kardio

Artikel ini sedikit ringkas tapi ianya padat dan bermanfaat buat anda.
Aika nak kongsi langkah-langkah mudah yang boleh korang lakukan untuk melakukan senanam kardio berat ini.
lepas korang lakukan senaman kardio berat, tubuh korang akan membakar bukan hanya lebih banyak lemak, malah juga lebih banyak kalori yang akan terhasil berbanding jika korang melakukan senaman ringan seperti berjalan dan senamrobik.
Apa yang boleh korang lakukan ketika melakukan senaman kardio berat ialah kaedah latihan yang berselang-seli.
Berikut langkah-langkah yang saya nyatkan tadi:

1.     Berjalan terlebih dahulu selama agak-agak 5 minit
2.     Setelah 5 minit, korang boleh berjogging pula selama 5 minit juga
3.     Berjalan laju sehingga korang dapat bernafas semula dengan mudah. Jangan terus-terus berhenti!
4.     Berlari laju selama 1 minit
5.     Kemudian korang boleh berjalan laju semula
6.     korang boleh ulangi langkah-langkah ini selama lebih kurang 2o minit sebelum korang menamatkan sesi senaman korang pada hari tersebut.

Mudah bukan?
Dah cukup pun sesi minimum bersenam anda untuk 1 sesi. (Ingat: 3 kali seminggu, 20 minit setiap sesi)
Apa yang baiknya senaman kardio ini ialah semakin banyak dan kerap anda lakukannya, semakin korang akan berasa lebih bertenaga. Senaman kardio mampu membakar lebih banyak kalori dalam tubuh dan dalam masa yang sama ianya dapat menambah tenaga kepada korang.
Jika korang tak pernah mencuba senaman kardio ini, korang patut cubanya hari ini juga!
Aika jamin korang akan sukakannya nanti. Senaman kardio ini merupakan cara terbaik untuk korang meningkatkan lagi tenaga korang untuk aktiviti seharian korang dan dalam masa yang sama, ianya turut mampu mengekalkan bentuk badan korang yang ideal dan seksi..auww..huh 
Kalau korang yang jenis hendak bemula, mula secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Yang penting konsisten.



No comments:

Post a Comment