Friday, May 20, 2011

KeBahagiAan?

BAHAGIA?
Semua orang bercakap mengenainya. Pelik sekiranya ada sesiapa menyatakan yang dia tidak ingin merasa bahagia dalam hidupnya. ini kerana pencarian kebahagiaan adalah proses yang dilalui oleh semua makhluk yang berperasaan.
Namun bagaimanakah cara yang terbaik untuk menilainya?
Bagaimana untuk menentukan kita bahagia atau tidak?
Bahagia adalah suasana senang, aman damai serta gembira. itu definisi bahagia di dalam kamus.
Namun, apakah difinisi bahagia buat makhluk bernama manusia?


" Kebahagiaan ada pada cinta. selama manusia mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri, 
   bukan untuk bersama orang lain, maka selama itulah dia tidak akan berjumpa dengan 
   kebahagiaan."
                                                                                           -Leo Tolstory, ahli falsafah Rusia-


Benarkah begitu?
Adakah tanpa cinta manusia tidak akan bahagia?
Pencarian bahagia, dimanakah kesudahannya?

No comments:

Post a Comment