Sunday, October 24, 2010

Resepi masakan tempatan Sabah

walaupun aku ni orang semenanjung..namun aku suka makan makanan sabah
Housemate aku orang sabah..dier selalu bawak balik makanan yang best2
SEDAP

semalam baru aku makan tuhau ni..sedap

TUHAU

Tuhau merupakan makanan tradisi suku kaum Dusun/kadazan disabah.Tuhau ini mudah di perolehi di hutan-hutan sabah.Pokok tuhau mempunyai daun yang berwarna hijau dan sederhana lebar.Cara-cara untuk membuat resepi tuhai adalah.

BAHAN-BAHANNYA

1.tuhau(suka ati,klu mau banyak buli juga)
2.udang kering
3.limau kapas secukupnya(limau nipis)
4.garam dan ajino moto secukup rasa
5.cili api(ikut rasa mana mau)
6.bunga kantan yang segar(sebagai hiasan)

Cara-caranya:

Tuhau di hiris halus atau kalu rajin tumbuk,klu rajin lagi kasi belenderlah.Udang kering d tumbuk bersama dgn tuhau.setela tu masukkan garam,aji no moto dan cili api.setelah semuanya sebati,simpan dlam mangkuk yang besar(ikut mana banyak tuhau yg telah d tumbuk).Perahkan limau kapas tapi jangan kasi ikut itu bijinya nanti pahit tu.Gunakan penyaringlah.akhir sekali hirislah bunga kantan halus2 dan gaulkan sekali dlm mangkuk tu.Peramkan sampai 20 minit sebelum d hidangkan.
Wau hidangkanlah masa makan tengah hari dengan ikan panggang atau pun sup ikan segar,tidak payah guring bah,ikan yang masi segar sadap bah kalu d rabus.
Tuhau boleh juga di campur kepada sup ikan untuk menambah kelazatan sup ikan tadi dan juga untuk menghilang kan bau ikan.


JERUK BAMBANGAN
sekiranya anda tidak tau pa tu bambangan.Bambangan ini macam mangga tapi buah dia besar dan kulitnya berwarna kelabu.Isi bambangan yang dah masak berwarna kuning merah dan rasanya manis.Tapi awas berhati-hati apa bila mengupas kulitnya kerana getahnya boleh membuat kan kulit anda yang halus itu terbakar.

Bahan-Bahan:

5 biji buah bambangan masak
2 biji bambangan
50 gm cili merah
20 gm cili padi

Cara:

Buah bambangan dibuang kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang berukuran setengah inci. Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar. Cili merah dibelah dua. Gaulkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Simpan di dalam botol kedap udara selama seminggu sebelum boleh dimakan. Enak dimakan bersama ikan bakar atau ikan masin.

Hinava

Bahan-Bahan

Ikan Yu 250gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Cili padi 10 biji
Limau nipis 5 biji
Air 250ml

Cara-cara

Panaskan Air sehingga mendidih, buang sisik ikan yu, rendamkan ikan yu kedalam air panas tadi selama 3 minit, hiris isi ikan kecil-kecil mengikut kesukaan, masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan 3 cubit garam, 2 cubit gula, serbuk perasa, cili padi 10 biji dan air limau nipis. Gaulkan sebati (jika kekurangan rasa bolehlah ditambah ikut kesukaan) dan biarkan setengah jam sehingga ikan masak dan kemudian boleh dihidangkan...


Kuih penjaram
Bahan-bahan:
Tepung gandum 1kg
Tepung beras 1 packet
Tepung pulut 1 packet
Gula

Untuk Perasa, ikut kesukaan masing-masing contohnya; air pandan untuk warna hijau dan kuih rasa pandan, tak payah tambah apa-apa jika suka perasa asli..dan gunalah gula merah jika ingin warna kuih gelap sedikit..(ada juga orang guna sedikit kicap untuk warna gelap..jangan banyak nanti masin...hehhe)

campur semua bahan di atas ni dengan air dan gaul hingga pekat dan sebati (adunan licin)
kalau dibiar semalam adunan tu lagi bagus dan digoreng esok hari..sebab hasil kuih lebih cantik dan kembang...
Pastikan kuali yang berisi minyak untuk menggoreng, benar-benar panas seblum menggoreng

No comments:

Post a Comment